Sintok, Kedah: Pada 11 Jun 2024 Pihak Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat telah mengadakan satu program berimpak tinggi, IPIZ DAY 2024. Program ini buat julung kalinya diadakan bagi meraihkan penubuhan Institut Penyelidikan Dan Inovasi Zakat buat kali ke-6. Pihak IPIZ telah berkolaborasi bersama dengan beberapa organisasi kerajaan seperti Lembaga Zakat Negeri Kedah, As-Salihin Trustee Berhad, Tabung Haji, dan usahawan asnaf Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Dalam program ini juga turut diadakan satu perkongsian mengenai zakat pendapatan yang disampaikan oleh Yang Berusaha Ustaz Mohd Firdaus bin Abdul Razak, Ketua Unit Zakat Pendapatan Kerajaan Persekutuan, Divisyen Zakat Pendapatan Kerajaan dan Arahan wajib. Beliau membuat perkongsian mengenai kewajiban membayar zakat, kepentingan membayar zakat dan cara membuat pengiraan zakat pendapatan.
Beliau dalam perkongsian tersebut berkata zakat merupakan bahagian tertentu daripada harta yang dimiliki, yang telah Allah SWT wajibkan untuk diagihkan kepada mustahiqqin (orang-orang yang berhak menerima zakat). Beliau juga berkongsi dua kaedah bagi membuat pengiraan zakat pendapatan kaedah A adalah 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun bahagi 12 bulan, manakala bagi kaedah B jumlah pendapatan setahun tolak dengan keperluan hidup (asas) setahun darab dengan 2.5%.
Dalam pada itu, beliau juga turut memberikan kesedaran kepada tetamu yang hadir dalam sesi tersebut iaitu para pensyarah dan penyelidik Universiti Utara Malaysia. Beliau menerangkan bahawa hasil daripada zakat pendapatan ini akan dapat membantu 7 golongan yang layak menerima zakat. Pelbagai faedah yang akan dapat diberikan dan diperoleh oleh mereka golongan yang memerlukan.
Panel dalam sesi perkongsian tersebut mengharapkan agar semua yang hadir dan para pensyarah dapat kesedaran untuk membayar zakat. Akhir daripada perkongisan tersebut diakhiri dengan hadis “Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada Jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh Menerbitkan tujuh tangkai, tiap tangkai itu pula mengandungi Seratus biji dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendaki-NYA dan Allah Maha luas rahmat kurnia- NYA, Lagi meliputi ilmu pengetahuan-NYA.”