26 Jun 2024: Pattani, Thailand, Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat diberikan tanggungjawab buat kali kedua dalam mengendalikan International Symposium yang dihadiri oleh CEO Lembaga Zakat Negeri Kedah Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman sebagai key note speaker dan selaku orang yang berautoriti berkaitan zakat di selatan Thailand.
Turut bersama sebagai ahli panel forum, Dr. Ahmad Khilmy bin Abdul Rahim Pengarah IPIZ, Moderator, Prof. Madya Dr. Farihal bin Osman, Timbalan Pengarah IPIZ. Perbincangan adalah berkisarkan tentang sistem pengurusan komuniti asnaf zakat Kedah, Malaysia dan Pattani, Thailand. Kepercayaan ini diberikan adalah selepas pertama kali menjadi moderator world zakat forum tahun 2023 lalu.
Forum ini memfokuskan perbincangan mengenai amalan terbaik pengurusan zakat nusantara dan pengurusan sistem komuniti asnaf zakat dengan lebih effisen. Perbincangan forum ini menjelaskan jenis amalan terbaik pengurusan zakat yang merupakan dapatan dari kajian penyelidikan sempadan (matching grant) antara Universiti Utara malaysia melalui IPIZ dan prince of songkla melalui fakulti sains Islam Thailand . Penerangan detail telah di sampaikan oleh penyelidkan dari Prince of Songkla dalam bahasa Thailand. Dr Tawat menarik minat dan perhatian pihak berautoriti Selatan Thailand untuk melanjutkan kerjasama diplomasi dalam penyelidikan. PSU adalah sebagai center penyelarasan pengurusan zakat Thailand. Hasrat tersebut telah di sambut oleh CEO Zakat Kedah Dato sheikh Zakaria sebagai rujukan proses tranformasi tersebut